Thursday, April 22, 2010

My Dream Destination




banyak destinasi yang menarik sebenarnya. dalam banyak-banyak destinasi, saya paling suka destinasi bertemakan pantai sebab ianya sangat mendamaikan serta nyaman. tambahan pula, hobi memancing ni mestilah diutamakan apabila bercuti. sambil bercuti, sambil memancing. menyelam sambil minum airlah kot. hehe..






kalau ada rezeki, saya nak ke pulang tioman. sebab pulau tioman ni comel dan menarik. banyak pakej pelancongan yang ditawarkan di sana. kat sana nanti saya nak pilih Sun Beach Resort sebagai tempat penginapan. tapi saya tak sure la pula boleh buat aktivti menyelam ke tidak kat situ. kalau boleh, confirm saya menyelam. seronok tau tengok batu karang dan ikan-ikan.. ikan duyung? Wallahu'alam la ade ke tak haha...






disebabkan saya tinggal di Terengganu, jadi saya rasa tak salah nak cuba bercuti kat negeri sendiri. ada je sebuah pulau yang cantik dan menjadi tarikan pelancong. pulau apa lagi kalau bukan Pulau Kapas. jangan memain, Linda Onn baru je balik dari bercuti kat pulau ni tau. kalau tak percaya korang boleh hendap blog dia ^_^.







alang-alang nak bercuti, memang best kalau dapat ke luar negara. nak keluar negara, mestilah naik kapal terbang, kan? sure MAS la yang paling best! ah.. bilalah nak ada rezeki bercuti ke luar negara ni. kena kumpul2 duit la gamaknya.





ikutkan hati nak je ke Hongkong. negara yang membangun. pulak tu, banyak gajet2 yang berteknologi tinggi kat sana. shopping pon best. ni kalau kerja shopping kerja dni la siapa lagi kalau bukan minah kecik tuh ;p...





nak tempat romantik lak, kat korea la. hehe.. leh wat adegan winter sonata kan kan? sejuk, ada salji, pastu tempat dia sangat bersih. boleh main baling2 salji masa musim salji. baling biar dni jatuh gedebuk tergolek2 macam nangka busuk! ;p




InsyaAllah.. destinasi percutian kat Pualu Tioman dengan Pulau Kapas tu akan tercapai dalam masa setahun dua ni... yang lain tu.. er.. tunggu la dapat sponsor dari nuffnang ke.. manala tahu kan? ngehehe



mari kita saksikan percutian yang menarik ni.. kat Kuching, Sarawak :)


Project Alpha Episode 4






Project Alpha Episode 5









Project Alpha Episode 6






Project Alpha Episode 7










Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Monday, April 12, 2010

No Strings Attached




siapa tidak kenal dengan P1 w1max? mungkin anda sinonim dengan tagline potong! potong! potong! ye.. betul tu.. itulah yang melambangkan P1 w1max.



mengapa anda perlu potong?


anda mahu gunakan internet untuk seisi keluarga?











P1 w1max ada tawaran baik untuk anda. pakej broadband berharga RM49 sebulan yang membolehkan anda semua melayari internet secara serentak seisi keluarga dengan menggunakan komputer yang berlainan. ianya sungguh berbaloi kerana RM49 untuk seisi keluarga! ya! seisi keluarga, bukan secara individu. pasti ia sangat menjimatkan untuk anda yang bekeluarga.







selain itu juga, anda semua tidak perlu menggunakan wayar yang melecehkan bagi menyambung internet di antara komputer atau laptop anda sekeluarga. cuma gunakan wifi atau broadband ini sebagai langkah mudah anda dapat melayari internet dengan mudah. di mana sahaja, pada bila-bila masa.








anda tidak perlu lagi merungut mengenai wayar tidak cukup panjang untuk melayari internet di dalam bilik, di dapur, di ruang tamu, di halaman rumah, atau di mana sahaja! langkah ini juga menyelamatkan anak kecil anda dari tersadung kaki akibat wayar yang berselerak di atas lantai atau juga digigit tikus, hehe..




P1 w1max menawarkan dua jenis pakej lagi yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua peringkat golongan tidak kira golongan pelajar, pekerja biasa, atau profesional. harganya begitu berpatutan dan berbaloi! kelajuannya amat mengakumkan dan anda tidak perlu lagi merungut dengan masalah internet lempab dan sebagainya..





ayuh, beralihlah kepada P1 w1max sekarang juga!


potong! potong! potong!
^_^



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


Thursday, April 01, 2010

Testinggg..


sekadar update:


blog ini masih under construction. jadi, segala kerja-kerja teknikal adalah angkara vandalisme oleh budak kecik nih...







kalau ada yang tak kena, serang dia eyh.. sebab dia yang dok keja updatekan blog ni.
buli cukup2..
bukan salah cikgu deen. hahaha..






orait..
cuma nak story pasal cikgu deen punya hobi..
of course gila mancing.
mancing ikan jela.. bukan aweks..
kang kena babap ngan budak kecik kat atas nun.. berlepuk2 kena babab, habis bengkak cam shinchan kena kat misae la.. ;p



bukan takat cikgu deen sajork gila mancing. nun.. semua yang ado dalam perkhidmatan gambo tuh aaa tergolong sekali dalam golongan tuh.. tak dapat ikan, kail air pon jadi la..
wakakaka..
ado jugak budak kecik ni nak kena sepak kes duk ngumpat cikgu deen..



lalalala... budak kecik mau lari..
ngeeee ;p